:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Rasmi Pusat Pakar Rawatan Resdung berasaskan Bio Herba - Cawangan dR Resd Alor Limbat, Bukit Payong, Marang, Terengganu, remedi/ bahanan alamiah tanpa melibatkan bahanan kimia atau dadah :::: Pemeriksaan Resdung adalah PERCUMA/ FREE ::: Sila hubungi Ustaz Rosdi di talian 016-958 5423 [wa/ tele] @ 018-245 3824 [sms/ call] :::: Sama-sama mendapat manfaat, Insya Allah ::::


RESDUNG : SIMPTOM DAN SEBAB

RESDUNG
Semua orang ada masalah resdung, cuma yang membezakan sama ada resdung itu serius atau tidak sahaja. Secara umumnya, resdung atau nama saintifiknya sinus memang sinonim dengan orang melayu. Mengikut istilah melayu, ia dimaknakan sebagai penyakit alahan hidung.

Manakala, pengertian mengikut kamus DBP, definisikan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang mukosa di bahagian hidung.

Simptom
Simptom paling ketara apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar. Akibatnya, suara penghidap menjadi sengau. Lazimnya simptom yang dapat dilihat pada pesakit antaranya ialah sering mengadu menghadapi masalah hidung tersumbat, gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair, lelehan hingus berlebihan, bersin terlalu kerap, hingus yang berubah warna dan berbau busuk, pening kepala, bengkak mata dan kegatalan di hidung mulut.
 
8 Punca Utama Penyakit Resdung

1. Alahan
Ia merujuk kepada alahan makanan laut antaranya udang, sotong serta persekitaran kepada debu, bulu binatang dan lipas. Namun pesakit sendiri boleh kenal pasti apa yang menyebabkan hidungnya menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung. Jika ia berlaku, itu tandanya dirinya alah kepada perkara itu.

2. Bakteria
Apabila anda mengalami selsema selama 10 hingga 15 hari, ini bermakna bakteria telah menggangu sistem pertahanan badan anda bersama virus. Jika berlaku jangkitan bakteria, ia akan memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada kepada masalah resdung anda.

3. Virus
Tahukah anda bahawa jangkitan sinus bermula dengan serangan selsema yang berpunca daripada virus. Apabila ia berlaku, tisu di dalam rongga hidung membengkak seterusnya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.

4. Jangkitan kulat
Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat. Ia berlaku apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.

5. Persekitaran udara tercemar
Jika anda terdedah kepada bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi dan pencemaran udara setiap hari, ia menjadi pencetus kepada penyebab resdung. Misalnya bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu dan udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk dan ketidakselesaan pada hidung seterusnya menyebabkan keradangan pada hidung.

6. Kolam Renang
Kolam renang mengandungi kandungan klorin yang tinggi yang boleh merangsang resdung. Kandungan klorin ini akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’. Hati-hati apabila melakukan aktiviti dalam kolam renang.

7. Merokok
Mereka yang alah kepada asap rokok berisiko penyumbang berlakunya masalah resdung. Secara asasnya asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

8. Kurang minum air
Apabila individu itu kurang minum air, ia akan menjejaskan kesihatan hidungnya. Ini kerana apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Oleh itu, perlu mengambil air kosong secukupnya setiap hari supaya mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

0 comments:

Post a Comment

 


Susu C2Joy juga mampu merawat dan memulihkan RESDUNG anda, yang penting ada usaha dari anda, SEKARANG C2Joy hanya RM98 sahaja sekotak, pembelian klik pada link sahaja

https://www.c2joycolostrum.com/product?ref=4xKetKrrbrteC6

PAUTAN BLOG