dRResd : Terapi Resdung Bio-Herb Alor Limbat

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus (iaitu rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung). Biasanya, lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika saluran pada rongga sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus akan menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.

MAKANAN SEIMBANG

Ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

TUMBESARAN SEMPURNA DAN MANTAP

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

VITAMIN MENCUKUPI UNT BADAN

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

PENGAWALAN MAKANAN SEIMBANG

Pengawalan pemakanan seimbang menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

MENGURANGKAN PENYAKIT PD BADAN

Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

PENGHIDAP SINUSITIS

Jika anda mengalami gejala-gejala seperti kerap bersin khususnya pada waktu pagi, gatal-gatal hidung, gatal di antara mata dan muka, hidung tersumbat, muka berjerawat, rasa berlendir di hidung dan di tekak, sering sakit kepala dan berat di muka serta alahan makanan laut, anda sebenarnya mengalami gejala penghidap masalah resdung atau ‘sinusitis’. Di kalangan masyarakat setempat, resdung telah menjadi sangat popular dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

TERAPI DI dRResd

Di dR Resd, terapi rawatan resdung dijalankan secara terapi ‘Bio-Herba Alami’ yang merangkumi beberapa kaedah terapi antaranya ialah Bio-Steam (terapi wap panas), Bio-Tradi (mengeluarkan lendir kotor sinus resdung) dan BioSin (proses mematikan kuman/jerawat pada muka).

PERUBATAN HERBA ALAMI

Setiap rawatan kami berdasarkan bioherba 100% alami, dimana ianya tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya atau mendatangkan alergik kepada mereka yang mendapatkan rawatan dari kami.

KEPAKARAN KAMI

Kepakaran kami ialah membantu anda mengatasi masalah resdung yang mengganggu kehidupan anda dengan kaedah terapi Bio-Herba 100% alami. INSYA ALLAH, tiada kesan kronik selepas mendapatkan rawatan. Teruskan dengan herba dan Homeopthy rawatan resdung.

KRISIS DALAM RONGGA HIDUNG

Sinus (rongga hidung) terdiri daripada 4 bahagian utama Frontal (bahagian dahi), Ethmoid (antara dua mata), Maxillary (bahagian atas gigi), dan Sphenoid sinus (bahagian belakang hidung). Dalam 4 rongga ini ada lapisan epithelium bersilia(rambut halus) dan bermucosa (lendir) bertujuan melindungi stuktur rongga hidung daripada jangkitan bakteria atau virus, juga untuk pastikan ia sentiasa lembap.

TERAPI AURA dRResd

Terdapat 4 warna perisai diri, iaitu Puteh, Pink, Hijau dan Biru. Setiap orang hanya mewarisi satu sahaja warna aura dan aura ini kekal dengan sesaorang itu sehingga akhir hayatnya

:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Rasmi Pusat Pakar Rawatan Resdung berasaskan Bio Herba - Cawangan dR Resd Alor Limbat, Bukit Payong, Marang, Terengganu, remedi/ bahanan alamiah tanpa melibatkan bahanan kimia atau dadah :::: Pemeriksaan Resdung adalah PERCUMA/ FREE ::: Sila hubungi Ustaz Rosdi di talian 016-958 5423 [wa/ tele] @ 018-245 3824 [sms/ call] :::: Sama-sama mendapat manfaat, Insya Allah ::::


KAPSUL RAWAT RESDUNG : TERENGGANU

  1. Membantu mengatasi masalah hidung berlendir, gatal-gatal, tersumbat, masalah kerap bersin dan alahan makanan laut
  2. Sesuai untuk masalah resdung kronik, hidung berbau, keluar cairan kuning / hijau dari hidung, masalah kurang deria bau dan masalah sakit kepala dengan sebab resdung.
  3. Diperkaya dengan agen anti-oksidan & agen anti-radang yang dapat membantu mengatasi masalah resdung & alahan hidung.
  4. Sangat sesuai untuk masalah jerawat & jeragat pada kulit.
  5. Formulasi herba-herba & tumbuhan terbaik & bermutu tinggi antaranya mengkudu, habbatussauda', bawang putih, akar mengkunyit, peppermint dan ginseng.
  6. Dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice)
  7. Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Yang berhajat dengan produk ini bolehlah mendapatkannya melalui saya di Kg Alor Limbat, Bukit Payong atau wassap terus ke talian wasap.my/60182453824/kapsulDRRESD2021



ULAT RESDUNG: MITOS MASYARAKAT


Mitos lama dan mainan silap mata orang orang tertentu yang berkepentingan bila mendakwa ada ulat dalam hidung orang yang RESDUNG atau SINUSITIS ni… kalau ada ULAT maksudnya sudah peringkat hidung dah rompong, lalat boleh masuk hinggap, dan akhirnya berULAT…
.
JANGAN MUDAH TERPEDAYA dengan pelbagai MAINAN MANUSIA..
.
Anda mengalami masalah bersin2 ?
Gatal-gatal hidung, pipi, muka dan mata?
Hidung tersumbat, berlendir dan kadang berbau?
Rasa sakit di sekitar mata & hidung ?
Sering selesema & batuk ?
Alahan makanan laut?
.
Anda mungkin mengalami masalah resdung yang kronik!
Jangan biarkan ia berlarutan, kelak menjadi parah hingga menyebabkan pembedahan yang memakan belanja yang besar.
.
Semakin ramai yang telah mencuba Rawatan Resdung BioHerba dR Resd dan kini wakil kami berada di seluruh Malaysia.
.
Pemeriksaan RESDUNG Percuma!
Pemeriksaan RESDUNG Percuma!
Pemeriksaan RESDUNG Percuma!
.
Untuk mendapatkan e-voucher pemeriksaan PERCUMA dan pakej promosi rawatan resdung bioherba pada harga promosi, sila sms:

RSD69 <Nama Anda> <Lokasi Anda>
Hantar ke 011-1009 5423

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ust Rosdi, NDr wasap.my/601110095423/RawatanSinus2021
.
Channel Rawatan Resdung : https://t.me/joinchat/VMH2-L2O7cFmZWI1

APAKAH RESDUNG/ SEDUAN/ SINUSITIS?


Apabila badan anda berhadapan dengan alergen, ia akan membebaskan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang melindungi tubuh anda daripada alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan resdung dan gejala-gejalanya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata terasa gatal. 
.
Selain daripada debunga pokok, alergen yang lain termasuklah:

  • Hama debu
  • Bulu atau kulit mati daripada haiwan peliharaan
  • Air liur kucing
  • Kulapuk

Gejala-gejala bagi resdung termasuklah:

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Hidung gatal
  • Batuk
  • Sakit atau gatal tekak
  • Mata gatal
  • Mata berair
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Sakit kepala yang kerap
  • Gejala-gejala jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal yang boleh menyebabkan lepuh(blister)
  • “Hives”
  • Keletihan yang berlebihan
Anda biasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen. Sesetengah gejala, seperti sakit kepala yang kerap dan keletihan, mungkin hanya berlaku selepas terdedah kepada alergen dalam jangka masa yang panjang. Namun, demam bukan gejala bagi resdung.
.
Channel Rawatan Resdung : https://t.me/joinchat/VMH2-L2O7cFmZWI1

Resdung atau “allergic rhinitis"


Alergen adalah komponen yang tidak berbahaya yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Resdung atau “allergic rhinitis", adalah tindak balas alahan terhadap alergen tertentu. Resdung terjadi apabila sistem imun badan menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu melalui alam sekitar yang biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi kebanyakan orang.

Resdung boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:

  • Bermusim: Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.

  • Berpanjangan: Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.
Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat.

Channel Rawatan Resdung : https://t.me/joinchat/VMH2-L2O7cFmZWI1

RESDUNG : SIMPTOM DAN SEBAB

RESDUNG
Semua orang ada masalah resdung, cuma yang membezakan sama ada resdung itu serius atau tidak sahaja. Secara umumnya, resdung atau nama saintifiknya sinus memang sinonim dengan orang melayu. Mengikut istilah melayu, ia dimaknakan sebagai penyakit alahan hidung.

Manakala, pengertian mengikut kamus DBP, definisikan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang mukosa di bahagian hidung.

Simptom
Simptom paling ketara apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar. Akibatnya, suara penghidap menjadi sengau. Lazimnya simptom yang dapat dilihat pada pesakit antaranya ialah sering mengadu menghadapi masalah hidung tersumbat, gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair, lelehan hingus berlebihan, bersin terlalu kerap, hingus yang berubah warna dan berbau busuk, pening kepala, bengkak mata dan kegatalan di hidung mulut.
 
8 Punca Utama Penyakit Resdung

1. Alahan
Ia merujuk kepada alahan makanan laut antaranya udang, sotong serta persekitaran kepada debu, bulu binatang dan lipas. Namun pesakit sendiri boleh kenal pasti apa yang menyebabkan hidungnya menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung. Jika ia berlaku, itu tandanya dirinya alah kepada perkara itu.

2. Bakteria
Apabila anda mengalami selsema selama 10 hingga 15 hari, ini bermakna bakteria telah menggangu sistem pertahanan badan anda bersama virus. Jika berlaku jangkitan bakteria, ia akan memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada kepada masalah resdung anda.

3. Virus
Tahukah anda bahawa jangkitan sinus bermula dengan serangan selsema yang berpunca daripada virus. Apabila ia berlaku, tisu di dalam rongga hidung membengkak seterusnya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.

4. Jangkitan kulat
Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat. Ia berlaku apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.

5. Persekitaran udara tercemar
Jika anda terdedah kepada bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi dan pencemaran udara setiap hari, ia menjadi pencetus kepada penyebab resdung. Misalnya bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu dan udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk dan ketidakselesaan pada hidung seterusnya menyebabkan keradangan pada hidung.

6. Kolam Renang
Kolam renang mengandungi kandungan klorin yang tinggi yang boleh merangsang resdung. Kandungan klorin ini akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’. Hati-hati apabila melakukan aktiviti dalam kolam renang.

7. Merokok
Mereka yang alah kepada asap rokok berisiko penyumbang berlakunya masalah resdung. Secara asasnya asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

8. Kurang minum air
Apabila individu itu kurang minum air, ia akan menjejaskan kesihatan hidungnya. Ini kerana apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Oleh itu, perlu mengambil air kosong secukupnya setiap hari supaya mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

 


Susu C2Joy juga mampu merawat dan memulihkan RESDUNG anda, yang penting ada usaha dari anda, SEKARANG C2Joy hanya RM98 sahaja sekotak, pembelian klik pada link sahaja

https://www.c2joycolostrum.com/product?ref=4xKetKrrbrteC6

PAUTAN BLOG